Korban Covid-19 di Kanada kini melebihi 1,000 orang

Seramai 1,010 meninggal dunia akibat Covid-19 di Kanada pada petang semalam dengan jumlah kes melebihi 29,000. -Foto: Xinhua
Seramai 1,010 meninggal dunia akibat Covid-19 di Kanada pada petang semalam dengan jumlah kes melebihi 29,000. -Foto: Xinhua
A
A
A

OTTAWA - Seramai 1,010 meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di Kanada pada petang semalam dengan jumlah kes melebihi 29,000, lapor agensi berita Xinhua memetik data rasmi.

Wilayah Quebec mencatatkan 487 kematian tertinggi dibandingkan dengan semua wilayah.

Ontario wilayah terbesar melaporkan 51 kematian baharu pada semalam dan 43 pada Selasa, menjadikan angka korban keseluruhan seramai 385 orang.

Quebec mempunyai kes paling tinggi 14,860 diikuti Ontario sebanyak 8,447 kes.

Kedua-dua wilayah ini merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan jumlah kes di Kanada iaitu 29,379 pada petang semalam.

Keadaan sangat teruk di Quebec.

Perdana Menteri wilayah itu, Francois Legault berkata, rumah penjagaan orang tua yang dilanda Covid-19 kekurangan lebih 2,000 kakitangan, beliau menggesa doktor dan jururawat untuk menghulurkan bantuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: