Lelaki maut motosikal terbabas masuk sungai

Seorang lelaki maut selepas motosikal terbabas ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama pada Ahad. Foto JBPM Selangor
Seorang lelaki maut selepas motosikal terbabas ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama pada Ahad. Foto JBPM Selangor
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terbabas ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1 pagi.

"Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 yang terbabas ke dalam sungai.

"Terdapat seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Foto JBPM Selangor
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Foto JBPM Selangor

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dibawa naik pada jam 2.10 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Katanya, operasi dengan kekuatan tujuh anggota tamat pada jam 3.08 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!