Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam sungai

KULAI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (arah Johor Bahru) pada jam 9.35 pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kulai menuju ke Johor Bahru.
“Ketika melalui jalan itu, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam sungai dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Motosikal dan mangsa kemudiannya dikeluarkan dari sungai oleh pasukan bomba.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
