Aliff Rakib bertarung dengan Prajanchai Oktober ini

Aliff Rakib (tengah) memasang impian untuk bergelar juara sebenar dengan membawa pulang satu lagi tali pinggang. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Aliff Rakib (tengah) memasang impian untuk bergelar juara sebenar dengan membawa pulang satu lagi tali pinggang. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

JUARA dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, 22, akan bertarung dengan Prajanchai PongSuphan PK pada Oktober ini.

Perkara tersebut disahkan jaguh Muay Thai negara itu pada Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.

"Saya lawan dia Oktober ini, apa-apa pun tunggu pengumuman rasmi," katanya semasa sidang akhbar.

Sebelum itu, Aliff Rakib diraikan lebih 2,000 rakyat Kelantan dengan perarakan berkuda, persembahan kebudayaan dan kibaran Jalur Gemilang, bendera negeri serta namanya.

Majlis berlangsung hampir dua jam itu dianjurkan oleh pengasas kosmetik yang juga pengusaha restoran, Fara Sharina Zamari atau lebih dikenali sebagai JLFara dan turut dihadiri Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad.

Aliff Rakib mengumumkan akan bertarung dengan Prajanchai PongSuphan PK pada Oktober ini pada Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Mengulas lanjut, Aliff Rakib memberitahu, beliau memasang impian untuk bergelar juara sebenar dengan membawa pulang satu lagi tali pinggang

"Target saya selepas ini, saya nak jadi juara sebenar. Saya harap lawan Prajanchai dapat diadakan di Malaysia sekiranya berpeluang.

Artikel Berkaitan:

"Kalau buat di Malaysia, Prajanchai takutlah sikit," katanya berseloroh.

Terdahulu, anak jati Kelantan itu mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi kemenangan TKO pada pusingan kelima dalam aksi The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!