Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 68, Jalan Ibam–Rompin berhampiran Kampung Bangkong di sini pada Isnin. Foto Polis Rompin
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 68, Jalan Ibam–Rompin berhampiran Kampung Bangkong di sini pada Isnin. Foto Polis Rompin
A
A
A

ROMPIN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kilometer 68, Jalan Ibam–Rompin berhampiran Kampung Bangkong di sini pada Isnin.

Mangsa dikenali, Kairol Ismail, 37, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi membabitkan sebuah Perodua Alza dan motosikal dari arah sama iaitu dari Ibam menghala ke Rompin.

Keadaan kereta selepas berlaku insiden tersebut. Foto Polis Rompin
Keadaan kereta selepas berlaku insiden tersebut. Foto Polis Rompin

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 69 tahun telah melanggar bahagian belakang motosikal yang berada di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak sejauh kira-kira 37 meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rompin untuk proses bedah siasat," ujar beliau.

Sharif Shai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan ketika kejadian.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!