New York wajibkan pakai topeng muka

Gabenor New York, Andrew Cuomo mengarahkan pemakaian topeng muka bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Gabenor New York, Andrew Cuomo mengarahkan pemakaian topeng muka bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
A
A
A

NEW YORK - New York akan mewajibkan pemakaian topeng muka ketika berada di tempat awam selepas orang ramai gagal mematuhi peraturan penjarakan sosial, kata Gabenor Andrew Cuomo pada semalam, lapor agensi berita Xinhua.

"Saya mengeluarkan Perintah Eksekutif hari ini, semua orang mesti memakai topeng muka.

"Contohnya, jika seseorang menaiki pengangkutan awam mustahil untuk menjaga jarak sosial atau berjalan di kawasan yang sibuk, anda mesti memakai topeng muka," katanya di Twitternya.

Semalam, New York mencatat 752 lagi kematian koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah keseluruhan seramai 11,500 orang menjelang petang semalam, menurut Johns Hopkins University.

Gabenor berkata, negeri itu juga akan menyemak laporan kematian Covid-19 untuk memasukkan data mereka yang mungkin meninggal dunia kerana penyakit berkenaan tetapi tidak pernah diuji, satu pendekatan baharu diambil New York.

Angka korban akibat Covid-19 di New York meningkat sekitar 3,700 pada Selasa melebihi 10,000, selepas kakitangan jabatan kesihatan bandar bekerja selama berminggu-minggu bagi mengumpulkan maklumat kes-kes disyaki. - Bernama

Artikel Berkaitan: