236 ditahan ingkar PKP di Johor

AYOB KHAN - Foto Bernama
AYOB KHAN - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 236 individu ditahan selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga melibatkan tangkapan seluruh negeri ini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu menjadikan seramai 1,818 individu ditahan sejak arahan PKP dikeluarkan bermula 18 Mac lalu.

Menurutnya, kesemua tangkapan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 186, Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Selain itu juga mereka disiasat mengikut Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Mereka juga boleh disabitkan di bawah Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Ayob berkata, daripada jumlah itu seramai 998 orang sudah didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar arahan PKP.

Katanya, bermulanya PKP fasa ketiga ini, polis Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana mereka yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: