Bekas Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 91 tahun.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab menerusi pesanan teks ringkas kepada Bernama.
Beliau berkata, mesej yang dimuat naik oleh anak Allahyarham, Zuliana memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi.
Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Mohamed Eusoff berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari September 1994 hingga Disember 2000. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
