Lima lelaki termasuk warga Singapura ditahan miliki dadah

Seorang daripada empat suspek (gambar kecil) yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, semalam dan merampas pelbagai jenis dadah selain empat kerata dan wang tunai.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warganegara Singapura serta merampas pelbagai jenis dadah, lima kenderaan dan wang tunai semuanya berjumlah RM411,891 dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan pertama dilakukan jam 5 petang di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini yang melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Iskandar Puteri.

"Hasil serbuan pihak polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Singapura berumur dalam lingkungan 24 hingga 34 tahun.

"Pihak polis merampas dadah disyaki serbuk ektasi seberat 551.79 gram (g); heroin 40.64g; syabu 18.44g dan 450 biji pil eramin 5 yang bernilai RM66,727," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya turut merampas empat buah kenderaan dengan nilai sitaan RM250,000 serta wang tunai RM2,640 dan SGD200.

Antara dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sutera Utama, Johor Bahru, semalam dan menahan seorang lelaki dan turut disita sebuah kereta.
Antara dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sutera Utama, Johor Bahru, semalam dan menahan seorang lelaki dan turut disita sebuah kereta.

Menurutnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati semuanya positif methamphetamine dan tiga daripada mereka memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Menerusi serbuan kedua pada jam 6 petang di Taman Sutera Utama, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Selatan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pihak polis merampas dadah jenis ketamin 901.55g; syabu 0.7g; 50 biji pil eramin 5 dan 50 biji pil yaba bernilai RM41,924, turut disita sebuah kenderaan dianggar bernilai RM50,000.

Sebuah kenderaan dirampas selepas pihak polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Sutera Utama, Johor Bahru dan menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah.
Sebuah kenderaan dirampas selepas pihak polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Sutera Utama, Johor Bahru dan menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah.

Ayob Khan memberitahu, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Menerusi kedua-dua serbuan itu, pihak polis berjaya merampas dadah keseluruhan bernilai RM108,651 dan membuat sitaan berjumlah RM303,240. Kesemua suspek direman selam tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.