Sidang DUN Sabah patuhi SOP PKP

Mohd Shafie
Mohd Shafie
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 yang berlangsung mulai esok akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Shafie berkata, persidangan DUN Sabah itu akan dihadiri tidak melebihi daripada 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada satu-satu masa, meskipun, Sabah mempunyai seramai 60 ADUN.

“Mereka boleh hadir ke persidangan DUN tetapi secara bergilir-gilir. Selain itu, sidang DUN juga akan diadakan setengah hari sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata, sidang DUN Sabah tidak boleh ditangguhkan kerana menurut Artikel 21 Perlembagaan Negeri Sabah ia perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir pada November lepas.

Sidang DUN Sabah Ke-15 yang sebelum ini ditetapkan berlangsung selama lima hari dipendekkan dengan hanya mengambil masa tiga hari iaitu mulai esok dan 20 hingga 21 April.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijadual menyempurnakan istiadat pembukaan DUN Sabah, esok dan boleh diikuti secara langsung melalui saluran Youtube kerajaan negeri.- Bernama

Artikel Berkaitan: