Lelaki warga asing ditahan pukul, ugut penuntut institusi swasta

Mohd Rosdi
Mohd Rosdi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki memukul dan mengugut seorang penuntut di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini pada 11 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia 39 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan di sebuah unit residensi pada jam 1.51 pagi, 26 Julai lalu.

"Suspek yang juga komposer itu dipercayai terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang penuntut lelaki tempatan berusia 30-an," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta sama kerana ugutan jenayah.

"Suspek kini direman sehingga 10 Ogos bagi membantu siasatan, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!