‘Keusahawanan terus jadi pilihan, 10 juta rakyat minat tambah pendapatan’ – Amway

A
A
A

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 juta rakyat Malaysia didapati menunjukkan minat untuk meningkatkan pendapatan atau memulakan perniagaan, sekali gus mencerminkan keusahawanan terus menjadi pilihan dalam usaha memperkukuhkan ketahanan kewangan.

Dapatan itu berdasarkan kajian dalaman Amway Malaysia yang mendapati minat terhadap peluang menjana pendapatan tambahan kekal tinggi dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Jason Leng berkata, selama 50 tahun, Amway Malaysia kekal komited terhadap usaha membantu orang ramai menjalani kehidupan lebih baik dengan mewujudkan peluang keusahawanan sambil menyokong gaya hidup lebih sihat menerusi inovasi.

“Seiring perubahan keperluan rakyat Malaysia, kami akan terus mencari cara baharu untuk mencipta nilai sama ada melalui penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan, inisiatif yang menggalakkan tabiat lebih sihat atau dengan memperkukuhkan komuniti yang kami berkhidmat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-50 Amway Malaysia menerusi AM50 yang memperingati lima dekad perjalanan syarikat itu dalam memperkasakan individu melalui peluang keusahawanan serta penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan.

Sambutan berkenaan turut menampilkan forum ‘Empowering the Rakyat: Navigating Cost of Living Pressures Through Ethical Entrepreneurship’ yang membincangkan isu tekanan kos sara hidup, ketahanan kewangan serta peranan keusahawanan beretika dalam menyediakan peluang pendapatan mampan.

Forum tersebut menghimpunkan wakil Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Amway Malaysia bagi berkongsi pandangan mengenai landskap ekonomi semasa serta potensi industri jualan langsung.

Berdasarkan Laporan Lembaga DSAM 2025/26, Malaysia kini berada di kedudukan kelima dunia dalam industri jualan langsung, sekali gus menunjukkan sektor berkenaan terus berkembang dan menyediakan peluang keusahawanan kepada rakyat.

Sementara itu, menurut Amway Malaysia, syarikat itu kini mempunyai sokongan rangkaian lebih 500,000 Amway Business Owners (ABO) dan Amway Privileged Customers (APC) di seluruh negara, yang memainkan peranan dalam memperluaskan akses kepada produk nutrisi, kecantikan dan kesejahteraan.

Artikel Berkaitan:

Perubahan gaya hidup rakyat Malaysia turut mendorong Amway Malaysia memperkukuhkan fokus terhadap penjagaan kesihatan pencegahan susulan peningkatan cabaran kesihatan termasuk populasi menua, penyakit tidak berjangkit (NCD) serta jurang pengambilan fitonutrien dalam kalangan masyarakat.

Bagi menangani cabaran berkenaan, Amway Malaysia terus melabur dalam penyelidikan dan inovasi berasaskan sains bagi membantu individu mengambil peranan lebih besar dalam mengurus kesihatan diri.

Antara inovasi yang diketengahkan ialah Nutrilite AmCELL yang dibangunkan menerusi penyelidikan kesihatan sel selama enam tahun dengan memanfaatkan kepakaran sains tumbuhan proprietari syarikat.

Produk itu direka untuk menyokong proses penuaan sihat pada peringkat sel, sekali gus mencerminkan usaha berterusan Amway dalam meneroka bidang sains tumbuhan dan kesihatan sel.

Sempena sambutan AM50, Amway Malaysia turut melancarkan Mission 50K, sebuah inisiatif seluruh negara yang menyasarkan penyertaan 50,000 rakyat Malaysia untuk memulakan perjalanan ke arah kehidupan lebih sihat menerusi perubahan gaya hidup positif.

Melalui inisiatif itu, peserta digalakkan membuat komitmen peribadi untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri serta mengamalkan perubahan kecil secara konsisten yang mampu dikekalkan dalam jangka panjang.

Selain itu, AM50 Expo turut dianjurkan sebagai platform interaktif untuk rakyat Malaysia mengenali perjalanan lima dekad Amway menerusi pameran produk, pengalaman kesejahteraan peribadi, aktiviti keluarga serta program libat urus komuniti.

Pelancaran AM50 Expo disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari, yang mencerminkan kepentingan kerjasama antara kerajaan dan industri dalam membangunkan ekosistem perniagaan bertanggungjawab.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!