KKM tumpu pengesanan aktif 8,616 pelajar tahfiz

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Selepas kumpulan tabligh, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tumpuan melakukan pengesanan aktif terhadap 8,616 pelajar tahfiz di seluruh negara bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu KKM telah membuat saringan terhadap 1,736 pelajar tersebut.

"Daripada jumlah itu, seramai 217 pelajar didapati positif," katanya pada sidang media harian berkaitan perkembangan kes Covid-19, di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua pelajar yang berada di madrasah telah saring oleh KKM.

"Bagaimanapun kebanyakan pelajar tahfiz telah pulang ke rumah masing-masing sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, KKM sedang melaksana kerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan bagi mengesan pelajar tahfiz.

"Tindakan ini adalah sama seperti dilakukan bagi mengesan kluster gereja di Kuching Sarawak," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, lapan kluster merekodkan tiada sebarang pertambahan kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kluster tersebut adalah majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, pesakit dalam siasatan (PUI) Itali dan persidangan gereja di Sarawak, Rembau, Sendayan dan tiga madrasah iaitu Penanti, Sungai Lui serta Jasin.