Bintang 'The Sopranos' Vincent Pastore meninggal dunia

Pastore meninggal dunia di New York pada usia 80 tahun
Pastore meninggal dunia di New York pada usia 80 tahun
A
A
A

PELAKON Amerika Syarikat (AS), Vincent Pastore yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular "The Sopranos," meninggal dunia di New York pada usia 80 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan TMZ.

Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Bronx oleh rakan lamanya Steven Villano, menurut penerbitan itu. Punca kematian masih belum diketahui.

Pastore turut membintangi filem seperti "Goodfellas," "Carlito's Way," dan "Men of Respect." Beliau juga pernah muncul dalam rancangan realiti "The Apprentice" yang dihoskan oleh Donald Trump, yang kemudiannya menjadi presiden AS. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!