Menanti mandat rakyat Negeri Sembilan

Siapa pilihan Negeri Sembilan hanya akan terjawab apabila peti undi ditutup. Foto Bernama
Siapa pilihan Negeri Sembilan hanya akan terjawab apabila peti undi ditutup. Foto Bernama
A
A
A

MENJELANG hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini, persoalan paling hangat bukan lagi siapa berkempen lebih hebat, sebaliknya siapa yang benar-benar menjadi pilihan pengundi.

Dapatan kajian terbaharu ILHAM Centre memberi bayangan bahawa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berada di landasan lebih baik untuk membentuk kerajaan negeri.

Kajian itu menggariskan tujuh faktor yang didakwa menjadi pemangkin kepada perubahan sentimen pengundi termasuk pembentukan gelombang Melayu-Islam yang lebih besar, perpindahan undi lebih tersusun, perubahan corak sokongan pengundi muda serta kemerosotan sokongan automatik pengundi Cina dan India terhadap Pakatan Harapan (PH).

Namun seperti mana lazimnya dalam pilihan raya, kajian hanyalah cerminan sentimen semasa bukannya keputusan muktamad kerana masih terdapat beberapa pemboleh ubah yang mampu mengubah landskap pada saat akhir.

Antara yang perlu dinilai adalah kadar keluar mengundi dan kecenderungan pengundi membuat keputusan pada saat-saat akhir.

Apa yang berlaku di Negeri Sembilan bukan sekadar menentukan kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang, sebaliknya keputusan pilihan raya itu bakal menjadi ukuran terhadap penerimaan rakyat terhadap kerjasama politik baharu dan hala tuju parti-parti utama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU15).

Apa yang pasti, kajian hanyalah kompas yang menunjukkan arah, namun penentu sebenar tetap berada di tangan pengundi.

Siapa pilihan Negeri Sembilan hanya akan terjawab apabila peti undi ditutup dan keputusan selewatnya akan diumumkan pada pukul 12 tengah malam nanti.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!