PRN Negeri Sembilan: 51.58 peratus keluar mengundi setakat 2 petang - SPR

Seorang pengundi berbual dengan anak lelakinya ketika menunaikan tanggungjawab mengundi pada Hari Pengundian PRN Negeri Sembilan di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau pada Sabtu. Foto Bernama
Seorang pengundi berbual dengan anak lelakinya ketika menunaikan tanggungjawab mengundi pada Hari Pengundian PRN Negeri Sembilan di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 51.58 peratus atau 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 2 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 57.6 peratus, diikuti DUN Senaling (57.2 peratus) dan DUN Kota (56.9 peratus).

DUN Lobak merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 44.6 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 48.82 peratus atau 409,198 daripada 838,200 pengundi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!