X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

861 individu ditahan ingkar PKP di Pulau Pinang

Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Seramai 861 individu ditahan di Pulau Pinang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga berakhirnya fasa kedua PKP semalam, kadar pematuhan rakyat di negeri ini terhadap perintah itu ialah 97.84 peratus.

Menurutnya, setakat ini tiada kluster baharu yang direkodkan di Pulau Pinang dan beliau bersyukur kerana semua petugas barisan hadapan yang komited melawan penularan wabak koronavirus (Covid-19) juga berada dalam keadaan sihat.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja barisan hadapan kita yang bertungkus-lumus bagi melawan wabak itu.

"Semoga doa kita terus bersama-sama mereka yang bertugas tanpa mengira siang dan malam dalam memastikan keselamatan kita semua terjamin,"katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri komited memastikan hospital serta klinik kerajaan mempunyai bekalan stok peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi.

Katanya, menjadi komitmen kerajaan negeri sejak dari awal PKP lagi iaitu untuk memastikan semua anggota barisan hadapan mendapat kemudahan dan peralatan mencukupi demi keselamatan masing-masing.

"Saya sentiasa mendapatkan kemas kini maklumat semasa daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) termasuk pada aspek bekalan peralatan.

"Setakat ini saya difahamkan oleh Pengarah JKNPP bahawa situasi bekalan PPE di negeri ini adalah terkawal," katanya.

Kon Yeow berkata, selain keprihatinan kerajaan negeri, sumbangan turut diterima daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu menyediakan peralatan PPE kepada hospital di negeri ini.

Tambahnya, setakat 11 April kerajaan negeri telah mengedarkan 1.3 juta topeng muka kepada barisan hadapan dan penduduk yang disalurkan menerusi wakil-wakil rakyat setempat.

Bagi PPE, Kon Yeow berkata, jumlah keseluruhan 30,510 yang diterima pihak kerajaan negeri sebelum ini telah disalurkan kepada pihak berkaitan termasuk juga 309,700 sarung tangan dan sarung kasut.

"Penyerahan peralatan serta kelengkapan lain seperti termometer, sanitasi tangan dan face shield diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!