AEON Bank hargai wira negara, mudahkan anggota ATM daftar perbankan digital

Anggota ATM yang mempunyai Kad Pengenalan MyTentera yang sah boleh memuat turun aplikasi AEON Bank untuk melengkapkan proses pendaftaran dan mengaktifkan Akaun Simpanan-i mereka.
Anggota ATM yang mempunyai Kad Pengenalan MyTentera yang sah boleh memuat turun aplikasi AEON Bank untuk melengkapkan proses pendaftaran dan mengaktifkan Akaun Simpanan-i mereka.
A
A
A

AEON Bank memperkenalkan integrasi Kad Pengenalan MyTentera dalam proses pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC) dan pendaftaran aplikasi perbankan digitalnya.

Perkara tersebut diumumkan sempena Hari Pahlawan bagi memperkukuhkan komitmen AEON Bank dalam menyediakan penyelesaian yang inklusif, mudah dan mesra pelanggan.

AEON Bank dalam satu kenyataan berkata, integrasi itu membolehkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan identiti mereka dengan lebih mudah dan selamat semasa proses pendaftaran akaun.

Menurutnya, anggota ATM yang mempunyai Kad Pengenalan MyTentera yang sah boleh memuat turun aplikasi AEON Bank untuk melengkapkan proses pendaftaran dan mengaktifkan Akaun Simpanan-i mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Setelah selesai proses pendaftaran, pelanggan boleh menikmati rangkaian penuh produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah AEON Bank.

"Ia termasuk Akaun Simpanan-i, Kad Debit-i AEON Bank x Visa, Deposit Bertempoh-i, Savings Pot, DuitNow QR, Zakat, Takaful, JomPAY, pembayaran bil utiliti dan pelbagai perkhidmatan pembayaran digital menerusi rakan strategik serta rangkaian peniaga AEON Bank.

"Selain itu, AEON Bank juga telah membangunkan Neko Missions, program ganjaran gamifikasi interaktif pertama di Malaysia, di samping Neko Sensei, mentor pengurusan kewangan berpacukan kecerdasan buatan (AI)," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah AEON Bank, bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, deposit tersebut dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Jelasnya, AEON Bank ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan perlindungan deposit tersebut adalah automatik serta percuma.

Artikel Berkaitan:

"Bank akan terus fokus dalam usaha mengurangkan kekangan perbankan seterusnya membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman perbankan yang lebih dinamik.

"AEON Bank juga kian mantap dalam memperkukuh keupayaan digitalnya dan menawarkan penyelesaian perbankan patuh Syariah yang inovatif dan ditambah nilai demi menyokong gaya hidup pelanggan.

"Di samping itu, ia menyumbang kepada pertumbuhan perbankan Islamik di rantau ini dan menyokong pembangunan ekonomi digital Malaysia," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!