Malaysia semakin kurang kanak-kanak

Bilangan kanak-kanak di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan apabila komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 21.2 peratus pada 2026.
Bilangan kanak-kanak di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan apabila komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 21.2 peratus pada 2026.
A
A
A

PUTRAJAYA – Bilangan kanak-kanak di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan apabila komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 21.2 peratus pada 2026 berbanding 21.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, dalam tempoh sama, komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun atau kumpulan umur bekerja kekal pada 70.4 peratus.

Menurut beliau, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas pula meningkat daripada 8.0 peratus pada 2025 kepada 8.4 peratus pada tahun ini.

"Komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) menurun daripada 21.6 peratus pada 2025 kepada 21.2 peratus pada tahun ini sementara, komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) kekal pada 70.4 peratus berbanding 2025.

"Dalam tempoh yang sama, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 8.0 peratus kepada 8.4 peratus," katanya dalam kenyataan media Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat.

Beliau berkata, perubahan komposisi penduduk itu turut menyaksikan 12 negeri mencapai status negeri menua, iaitu negeri yang mempunyai penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus daripada keseluruhan penduduk.

Malaysia turut mencatat nisbah tanggungan keseluruhan sebanyak 42.0 pada 2026.
Malaysia turut mencatat nisbah tanggungan keseluruhan sebanyak 42.0 pada 2026.

Menurutnya, Perak kekal merekodkan komposisi penduduk warga emas tertinggi iaitu 10.8 peratus, manakala umur penengah penduduk Malaysia meningkat kepada 31.7 tahun berbanding 31.3 tahun pada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Siti Asiah berkata, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan meningkat kepada 34.4 juta orang pada 2026 berbanding 34.2 juta orang pada tahun lalu dengan kadar pertumbuhan penduduk kekal 0.5 peratus.

Beliau berkata, jumlah penduduk warganegara meningkat daripada 30.8 juta kepada 31.0 juta, manakala kadar pertumbuhan penduduk bukan warganegara kekal negatif pada -0.2 peratus.

"Selangor kekal mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada 2026 dengan 21.7 peratus, diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (11.0 peratus)," katanya.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan peratusan penduduk terendah iaitu 0.3 peratus dan 0.4 peratus.

Laporan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2026 diterbitkan DOSM berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 menggunakan kaedah komponen kohort yang mengambil kira faktor kelahiran, kematian dan migrasi. Laporan itu membentangkan anggaran penduduk bagi tahun 2025 dan 2026.

Di peringkat negeri, Terengganu merekodkan kadar pertumbuhan penduduk tertinggi iaitu 1.2 peratus, diikuti Kelantan (1.0 peratus), Selangor (0.6 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.6 peratus) dan Pahang (0.6 peratus).

Dari segi komposisi umur mengikut negeri pula, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan peratusan penduduk berumur 0 hingga 14 tahun tertinggi iaitu 31.4 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan komposisi penduduk umur bekerja tertinggi sebanyak 76 peratus.

Malaysia turut mencatat nisbah tanggungan keseluruhan sebanyak 42.0 pada 2026 berbanding 42.1 pada tahun sebelumnya, didorong oleh penurunan nisbah tanggungan umur muda, manakala nisbah tanggungan umur tua terus meningkat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!