10 kanak-kanak maut tanah runtuh di Bangladesh

Anggota keselamatan dan sukarelawan membantu mangsa tanah runtuh di kem pelarian Cox Bazar pada Rabu. - FOTO: AFP
Anggota keselamatan dan sukarelawan membantu mangsa tanah runtuh di kem pelarian Cox Bazar pada Rabu. - FOTO: AFP
A
A
A

DHAKA - Tiga kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat mengorbankan 10 kanak-kanak di wilayah Chattogram, tenggara Bangladesh pada Rabu, lapor Xinhua.

Pesuruhjaya Pelarian, Bantuan dan Penghantaran Pulang Bangladesh, Mohammed Mizanur Rahman berkata kepada Xinhua bahawa kejadian tanah runtuh pada petang Rabu mengorbankan lapan kanak-kanak di daerah Cox's Bazar, Chattogram.

"Lapan kanak-kanak maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat pada Rabu," katanya.

Di kawasan perbukitan terpencil di bandar Chattogram, dua lagi kanak-kanak dilaporkan maut dalam dua kejadian tanah runtuh berasingan pada hari yang sama.

Seorang pegawai kanan meteorologi Jabatan Meteorologi Bangladesh yang enggan dikenali berkata kepada Xinhua bahawa monsun yang aktif telah menyebabkan hujan lebat di beberapa kawasan di Chattogram.

Bandar Chattogram sahaja dilaporkan merekodkan taburan hujan tertinggi dalam tempoh 43 tahun, dengan 412 milimeter (mm) hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 3 petang waktu tempatan pada Selasa, berbanding 411mm yang dicatatkan pada 1983.

Susulan keadaan itu, pihak berkuasa meneruskan pemindahan penduduk dari kawasan perbukitan yang berisiko mengalami tanah runtuh di beberapa bahagian wilayah Chattogram. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!