Segerakan tindakan terhadap 'penyakau kreatif' - Puad Zarkashi

 Puad Zarkashi
Puad Zarkashi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara untuk mengambil tindakan segera terhadap 'penyakau kreatif' melibatkan penyelewengan Tabung Haji.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, beliau meluat dengan sikap pemimpin yang pandai bermuka-muka.

Menurutnya, sikap itu menjadikan mereka lebih mudah dipercayai meskipun sentiasa membawa kerosakan.

“Sebab itu saya setuju jika institusi milik orang Islam seperti Tabung Haji dipimpin bukan orang politik.

“Ia seharusnya dipimpin oleh golongan profesional dan berwibawa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Katanya, beliau hanya menunggu perkembangan seterusnya memandangkan ketika ini tiada lagi pertuduhan dibuat meskipun laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait isu itu sudah didedahkan.

Laporan RCI mengenal pasti kelemahan struktur pentadbiran, amalan pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang didakwa menjejaskan kedudukan kewangan TH.

Beberapa faktor utama berkait krisis itu adalah pembayaran hibah yang terlalu tinggi sehingga melebihi kemampuan kewangan TH, sekali gus menghakis rizab institusi.

Turut dikenal pasti adalah amalan perakauan bagi membolehkan pengisytiharan hibah tinggi dan pengembangan pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah serta perladangan walaupun TH tidak memiliki kepakaran mencukupi.

Artikel Berkaitan:

Justeru, laporan itu mencadangkan 25 syor dengan memfokuskan kepada memperkukuh tadbir urus, pengurusan kewangan lebih telus, memperbaiki model perniagaan dan menyiasat pelaburan bermasalah.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!