Lima individu melecur, van pekerja terbakar langgar tiang elektrik

Lima individu melecur selepas van pekerja dinaiki terbakar akibat hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
Lima individu melecur selepas van pekerja dinaiki terbakar akibat hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
A
A
A

BATU PAHAT - Lima individu melecur selepas van pekerja dinaiki terbakar akibat hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik berhampiran BP Speed Laundry di sini, pada Khamis malam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan I Ridwan Gembur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 8 malam.

Menurutnya, lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian melibatkan jarak lapan kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah van pekerja ditemui terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terbakar.

Keadaan van pekerja yang terbakar akibat hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
Keadaan van pekerja yang terbakar akibat hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.

"Hasil maklumat awal, lima individu cedera melecur ketika sedang cuba meneyelamatkan diri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum PKO tiba di lokasi.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail menaiki kenderaan EMRS untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran berjaya dikawal menggunakan tangki jentera.

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat tong gas asetilena di dalam van tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!