Hukuman penjara tidak jejas kedudukan Shafie Apdal sebagai ADUN - Speaker

Kadzim
Kadzim
A
A
A

KOTA KINABALU - Hukuman penjara lima minggu yang dijatuhkan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menjejaskan kedudukannya beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, sekiranya hukuman yang dikenakan hanya melibatkan penjara tanpa sebarang implikasi lain, ia tidak semestinya memberi kesan terhadap kedudukan Mohd Shafie.

"Kalau hukuman penjara tiada kesan, saya tidak tahulah kalau ada denda yang dikenakan oleh mahkamah.

"Kalau ada denda tetapi bawah RM2,000, tidak juga terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, sekiranya keputusan mahkamah masih dalam proses rayuan, kedudukan Mohd Shafie kekal seperti sedia ada dan belum menerima sebarang kesan daripada hukuman tersebut.

"Apapun, kalau hukuman masih dirayu, kedudukannya status quo, tiada kesan lagi," katanya.

Sebelum itu, Mohd Shafie dijatuhkan dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan yang dibuatnya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!