Seterika 49 baju sekolah dalam sejam, Philips cipta rekod MBOR

Patt Sue-Ann (tengah) menerima pengiktirafan MBOR selepas Philips berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori seterika kemeja sekolah terbanyak dalam tempoh 60 minit, iaitu sebanyak 49 helai.
Patt Sue-Ann (tengah) menerima pengiktirafan MBOR selepas Philips berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori seterika kemeja sekolah terbanyak dalam tempoh 60 minit, iaitu sebanyak 49 helai.
A
A
A

PHILIPS Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menyeterika 49 helai baju sekolah dalam tempoh 60 minit atau sejam.

Percubaan mencipta rekod tersebut menyaksikan proses menyeterika dilakukan secara berterusan menggunakan Philips PerfectCare Steam Garment Iron di hadapan wakil MBOR serta orang ramai.

Setiap helaian baju diseterika mengikut standard yang ditetapkan sebelum rekod berkenaan disahkan secara rasmi, sekali gus membuktikan keupayaan teknologi wap berprestasi tinggi dalam mempercepatkan kerja rumah tanpa menjejaskan kekemasan pakaian.

Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann berkata, pihaknya berbesar hati dengan pencapaian rekod tersebut kerana setiap inovasi yang dibangunkan Philips sentiasa berpaksikan usaha menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi pengguna dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, persiapan bagi cabaran mencipta rekod itu turut melibatkan latihan dalaman untuk menguji sendiri tempoh masa yang diperlukan bagi menggosok pakaian sekolah.

“Kami begitu teruja merancang cabaran ini sehingga mengadakan sesi latihan bersama pasukan sendiri untuk melihat sejauh mana kami mampu menggosok pakaian sekolah dalam tempoh tertentu.

"Bagi tujuan percubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records, Philips memfokuskan kepada kemeja sekolah berlengan pendek yang dipakai murid lelaki dan perempuan.

“Sehingga Januari 2026, Kementerian Pendidikan menganggarkan kira-kira lima juta kanak-kanak berusia bawah 18 tahun sedang bersekolah di Malaysia. Philips mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu dengan membantu meringankan tanggungjawab yang kebanyakannya dipikul oleh ibu bapa,” katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap MBOR, Megat Faris Megat Muzzafar Shah(kanan) bertanggungjawab menilai dan mengesahkan percubaan tersebut sebelum mengisytiharkan rekod baharu secara rasmi.
Jurucakap MBOR, Megat Faris Megat Muzzafar Shah(kanan) bertanggungjawab menilai dan mengesahkan percubaan tersebut sebelum mengisytiharkan rekod baharu secara rasmi.

Percubaan yang berlangsung di Harvey Norman Flagship Store, Mid Valley Megamall itu disempurnakan oleh 'Ironman' yang dilantik Philips, iaitu perunding kreatif dan penggaya fesyen, Nik Erwan Nik Roseli, yang pernah bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal.

Turut hadir, Penolong Pengurus Besar Jabatan Peralatan Elektrik Kecil dan Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia, Yvonne Chin serta pempengaruh dan selebriti seperti Norreen Iman, Catriona Ross dan Kenzo Katarmo.

Mengulas lanjut, Patt Sue-Ann berkata, menggosok pakaian sering dianggap sebagai satu tugasan yang memakan masa dan kurang digemari.

"Kami merasakan produk ini amat sesuai untuk membantu keluarga-keluarga seperti ini kerana ia mampu mempercepatkan proses menggosok pakaian sehingga kira-kira separuh daripada masa yang biasa diperlukan.

"Produk ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses menggosok pakaian, malah pada masa yang sama memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pakaian pengguna," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!