Siri EOS RUBINE lakar sejarah dalam Malaysia Book of Records

JENAMA penyelesaian kediaman, RUBINE mencipta sejarah apabila pemanas air Siri EOS keluarannya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pemanas air pancuran segera paling nipis di Malaysia.
Pengiktirafan itu diberikan selepas Siri EOS disahkan mempunyai profil setebal hanya 45 milimeter (mm), sekali gus membuktikan keupayaan kejuruteraan dan inovasi yang dibangunkan oleh jenama berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fiamma, Jimmy Tan berkata, pengiktirafan tersebut menjadi bukti komitmen syarikat dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pengguna.
"Bagi RUBINE, pencapaian ini merupakan kemuncak kepada usaha bertahun-tahun yang didorong oleh komitmen terhadap inovasi, kecemerlangan kejuruteraan serta kerjasama yang kukuh.
"Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini bukan sahaja membuktikan pencapaian yang telah kita capai, malah mencerminkan sumbangan besar rakan-rakan strategik termasuk Versatile Setup Sdn Bhd yang memainkan peranan penting dalam perjalanan in," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Pemanas Air dan Kipas Siling RUBINE Fiamma Holdings Berhad, Apple Tai; Pengarah merangkap Pengurus Besar VERSATILE Setup Sdn. Bhd, Zen Mak; Pengerusi Eksekutif Chin Hin Group Berhad, Datuk Wira Chiau Haw Choon; Ketua Pegawai Operasi MBOR, Jwan Heah dan Pegawai MBOR, Siti Hajar Johor.
Beliau berkata, RUBINE akan terus memperkukuh pembangunan produk dan memperkenalkan penyelesaian pintar yang lebih cekap tenaga bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Jwan Heah berkata, pengiktirafan tersebut diberikan selepas melalui proses pengukuran dan pengesahan bebas mengikut penanda aras kategori yang ditetapkan.
"Setiap rekod yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records melalui proses pengesahan yang teliti, dan Siri EOS tidak terkecuali.
"Pasukan kami telah menjalankan pengukuran serta pengesahan secara bebas terhadap profil setebal 45mm berdasarkan penanda aras kategori yang berkaitan sebelum pencapaian ini diperakukan secara rasmi," ujarnya.
Menurut beliau, pengiktirafan berkenaan mencerminkan tahap ketepatan kejuruteraan yang kami tekankan dalam setiap proses penilaian, dan kami berbesar hati mengiktiraf pencapaian RUBINE ini.

Siri EOS dibangunkan berasaskan teknologi proprietari Energy Optimisation System (EOS) direka untuk mengimbangi aliran air dan penggunaan tenaga secara pintar bagi mencapai suhu pancuran diingini dengan lebih pantas, sambil meminimumkan pembaziran tenaga serta air.
Rangkaian itu merangkumi dua model iaitu EOS PRIME dan EOS ULTRA SLIM yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuk sistem Double Protection, Double Thermal (DPDT), Dual Valve dan panel kawalan sentuh digital dengan fungsi Last Memory Function.
Model terpilih turut dilengkapi pam penyongsang arus terus (DC inverter pump) yang mampu meningkatkan tekanan air dengan operasi bunyi di bawah 45 desibel, sekali gus sesuai digunakan di kediaman bertingkat tinggi atau kawasan mempunyai tekanan air rendah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

