Jersi nombor 10 untuk Aguero

Sergio Aguero
Sergio Aguero
A
A
A

KELAB Argentina, Independiente mengharapkan bintang Manchester City, Sergio Aguero akan kembali menyertai kelab itu selepas tempoh kontraknya bersama The Citizen tamat tahun depan.

Pengendali Independiente, Lucas Pusineri berkata, kelab itu juga telah menyediakan jersi nombor 10 untuk Aguero sekiranya pemain itu sudi kembali beraksi bersama kelab tersebut.

"Saya berharap dapat melatih Aguero. Saya adalah rakan sepasukan Aguero dahulu dan sangat mengenalinya.

"Kehadirannya juga sudah tentu akan memberikan impak kepada pasukan dan kami amat memerlukannya. Kami juga sudah menyediakan jersi nombor 10 untuknya.

"Namun, sekarang hanya bergantung kepada keinginanya untuk kembali ke sini. Saya tidak sabar untuk melihatnya kembali menyarung jersi Independiente lagi," katanya.

Aguero memasuki tahun terakhir kontraknya bersama City dan belum ada tanda kelab gergasi England itu mahu memberikan kontrak baharu kepada pemain berusia 31 tahun itu.

Aguero juga sudah beberapa kali memberikan bayangan mahu berpindah dari City dan kembali bermain di Argentina kerana rindukan liga di negara tersebut.

Independiente sebagai kelab profesional pertama Aguero sudah membuka pintu dan hanya menunggu kata putus daripada pemain kelahiran Argentina itu.

Artikel Berkaitan: