'Penyewa dari neraka' - Pintu bilik diroboh, rumah dipenuhi tahi kucing dan sampah sarap

Nurul Farhana buat laporan polis susulan keadaan rumahnya yang disewakan kepada sepasang suami isteri dipenuhi tahi kucing,sampah sarap serta mengalami pelbagai kerosakan.
Nurul Farhana buat laporan polis susulan keadaan rumahnya yang disewakan kepada sepasang suami isteri dipenuhi tahi kucing,sampah sarap serta mengalami pelbagai kerosakan.
A
A
A

KOTA BHARU – "Penyewa dari neraka." Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap keadaan sebuah rumah sewa di Desa Kujid, Panji di sini apabila sepasang suami isteri mendapati kediaman milik mereka dipenuhi tahi kucing, sisa makanan dan sampah sarap sebaik pintunya dibuka.

Bau busuk yang meloyakan turut menusuk hidung pasangan itu ketika mereka memasuki rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan keadaan yang kotor di segenap ruang.

Suri rumah, Nurul Farhana Saeidi, 36, berkata, dia mengambil keputusan memeriksa rumah berkenaan selepas beberapa kali cuba menghubungi penyewa, wanita berusia 20-an, bagi membincangkan tunggakan sewa selepas nombornya didakwa disekat di WhatsApp sejak bulan lalu.

Menurutnya, selepas empat hari mencari penyewa berkenaan, wanita itu akhirnya menyerahkan kunci rumah dengan cara meninggalkannya di tingkap kediaman tersebut.

Nurul Farhana (kiri) melihat keadaan rumahnya yang kotor dan busuk.
Nurul Farhana (kiri) melihat keadaan rumahnya yang kotor dan busuk.

Katanya, dia kemudian pergi ke rumah terbabit pada Khamis lalu dan sebaik pintu dibuka, bau busuk menusuk hidung sebelum mendapati ruang dalam rumah dipenuhi najis kucing, sangkar haiwan, bekas sisa makanan serta sampah sarap.

“Saya memang terkejut dan langsung tidak sangka keadaan rumah jadi seperti ini. Bau dalam rumah sangat busuk, penuh tahi kucing dan ada tangki air di ruang tamu.

“Tiga bilik, dapur dan tandas semuanya kotor selain beberapa pintu rosak. Memang sangat sedih melihat keadaan rumah,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Nurul Farhana berkata, rumah yang sebelum ini berada dalam keadaan baik itu disewakan kepada wanita terbabit bersama suaminya pada kadar RM700 sebulan sejak 2023, selain bayaran deposit RM1,000.

Tangki air dan sangkar binatang diletakkan di ruang tamu rumah.
Tangki air dan sangkar binatang diletakkan di ruang tamu rumah.

Katanya, pada tahun pertama penyewa membayar sewa seperti biasa, namun selepas beberapa bulan wanita itu mula membuat bayaran secara ansuran yang kurang daripada kadar sewa bulanan selepas mendakwa menghadapi masalah kewangan.

“Saya masih bertolak ansur kerana mereka berjanji akan menjelaskan tunggakan sedikit demi sedikit.

“Tetapi selepas itu mereka semakin sukar dihubungi dan panggilan telefon serta mesej WhatsApp juga tidak berbalas,” katanya.

Nurul Farhana menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Khamis lepas.
Nurul Farhana menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Khamis lepas.

Menurutnya, sebelum ini juga, dia beberapa kali mencari wanita terbabit yang dikatakan bekerja di sebuah kedai makan di daerah ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai tunggakan sewa berjumlah RM4,500.

Nurul Farhana berkata, rumah itu kini memerlukan kerja pembersihan menyeluruh sebelum baik pulih dapat dilakukan.

“Saya sudah bertanya anggaran kos daripada syarikat pembersihan dan upah untuk membersihkan kekotoran ini sekitar RM1,000.

“Itu belum termasuk kos baik pulih dan kerosakan rumah yang saya anggarkan sekitar RM10,000,” katanya.

Tahi kucing yang dibiarkan di dalam rumah. FOTO Nurul Farhana
Tahi kucing yang dibiarkan di dalam rumah. FOTO Nurul Farhana

Sebelum ini, tular video dengan keadaan rumah itu dimuat naik dan tular bersama laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa.

“Saya tak berniat mengaibkan dia, sebaliknya kongsikan perkara ini untuk mengesan dia supaya masalah dapat diselesaikan secara baik.

“Saya sudah berjaya menghubunginya melalui WhatsApp dua hari lalu dan mahu dia bertanggung jawab,” katanya.

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!