Lagi tragedi berdarah, tiga maut kenderaan bertembung

MARAN – Tiga individu maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Besar Maran-Temerloh berhampiran Kampung Paya Pasir di sini pagi Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.02 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran ke lokasi tersebut.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, kemalangan didapati membabitkan Perodua Alza dan Perodua Myvi
"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa tersepit dan terdapat individu bagaimanapun disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut.
"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

