'Anak muda wajar hargai, terus sokong Aminuddin' - Penganalisis

Ahmad Fadly (gambar kiri) berkata, Aminuddin telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang prihatin terhadap keperluan anak-anak muda terutama kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.
Ahmad Fadly (gambar kiri) berkata, Aminuddin telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang prihatin terhadap keperluan anak-anak muda terutama kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini, pengundi muda dan pengundi kali pertama yang bakal menggunakan hak demokrasi masing-masing wajar untuk mengundi Pakatan Harapan (PH).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ahmad Fadly Abdul Rahman berkata, ini kerana Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang prihatin terhadap keperluan anak-anak muda terutama kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Menurutnya, jika diberikan mandat kepada Aminuddin untuk menerajui Negeri Sembilan pada penggal seterusnya, pasti lebih banyak bantuan dan inisiatif akan diberikan untuk anak-anak muda yang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju politik dan pembangunan Negeri Sembilan.

"Antaranya Bantuan Sara Hidup Dermasiswa Mahasiswa Anak Negeri Sembilan sebanyak RM200 sebulan, pemberian komputer riba percuma untuk pelajar B40 yang layak serta sokongan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

"Pemerhatian awal menunjukkan bahawa naratif yang dibawa oleh PH dalam kempen ini memberi penekanan kepada rekod pentadbiran, khususnya bantuan kepada mahasiswa, golongan B40 dan pembangunan modal insan.

"Pendekatan ini menyasarkan pengundi muda yang melihat pendidikan, kos sara hidup dan peluang pekerjaan sebagai isu utama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, sekiranyainisiatif seperti dermasiswa, komputer riba dan program kebolehpasaran graduan benar-benar memberi manfaat, ia merupakan aspek yang boleh dinilai sebagai sebahagian daripada prestasi kerajaan semasa.

Dalam pada itu, Ahmad Fadly berkata, bagaimanapun, tiada satu gabungan yang sempurna dan setiap parti mempunyai kekuatan, cabaran dan rekod yang boleh dinilai.

Justeru katanya, pengundi wajar membuat keputusan berdasarkan beberapa persoalan penting iaitu adakah janji yang ditawarkan realistik dan boleh dilaksanakan?

Artikel Berkaitan:

"Apakah rekod pencapaian calon dan parti di kawasan masing-masing?

"Siapakah yang lebih berupaya menangani isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan pembangunan negeri?

"Adakah calon mempunyai integriti, kemampuan dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat?" soalnya.

Justeru katanya, demokrasi yang matang bukanlah memilih berdasarkan slogan semata-mata, tetapi berdasarkan penilaian terhadap prestasi, dasar, manifesto dan keupayaan setiap calon untuk membawa manfaat kepada rakyat.

Katanya, undi yang dibuat dengan maklumat dan pertimbangan yang teliti akan membantu menentukan hala tuju Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!