PRN Negeri Sembilan medan uji strategi politik menjelang PRU16

KOTA BHARU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi medan penting untuk menguji strategi politik setiap parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi.
Beliau berkata, tumpuan dalam PRN itu bukan lagi sekadar kepada kekuatan parti, sebaliknya keupayaan menawarkan penyelesaian terhadap isu yang dekat dengan kehidupan rakyat.
“Negeri Sembilan mempunyai kedudukan strategik kerana komposisi pengundinya yang pelbagai menjadikan negeri itu petunjuk penting terhadap perubahan sentimen politik rakyat.
“PRN kali ini bukan sekadar medan pilihan raya, malah menjadi petunjuk kepada hala tuju politik negara menjelang PRU16,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam Program Ceramah Isu-Isu Semasa di Senawang, Negeri Sembilan pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ
'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar
'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis
'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK
PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin
SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri Sembilan
Tiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil
Menurut beliau, landskap politik semasa memerlukan pendekatan yang lebih strategik dengan memberi penekanan kepada penggunaan data, penyusunan jentera yang berkesan, pemilihan calon yang diyakini serta keupayaan memahami kehendak pengundi.
“Setiap parti politik juga perlu memberi tumpuan kepada isu rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi, perumahan dan tadbir urus yang baik,” katanya.
Beliau turut mengatakan bahawa kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan PRN Negeri Sembilan.
Katanya, golongan muda merupakan antara faktor utama yang bakal mencorakkan keputusan pilihan raya kali ini.
“Mereka mahu melihat penyelesaian kepada isu, sebab itu, setiap parti perlu tampil dengan dasar yang jelas dan meyakinkan,” katanya.
Tambah Mohd Firdaus, kemenangan dalam pilihan raya tidak hanya bergantung kepada kekuatan parti semata-mata sebaliknya ditentukan oleh keupayaan merancang, menyusun dan melaksanakan strategi secara berkesan.
Mengulas kerjasama antara UMNO dan Pas, beliau berpandangan bahawa sebarang bentuk kerjasama politik perlu berasaskan matlamat bersama serta disokong oleh kesepakatan di peringkat kepimpinan serta akar umbi.
“Kerjasama yang berkesan bukan sekadar mengelakkan pertandingan sesama sendiri, tetapi perlu diterjemahkan melalui penyelarasan strategi, kekuatan jentera dan penerimaan rakyat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

