One Equine siap 15 bulan lebih awal, catat skor 85 peratus QLASSIC

Ketua Pengarah Eksekutif Beverly Group, Derick Lim (empat dari kiri), Ketua Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (Cream), Syed Hazni Abd Gani (lima dari kiri) dan Pengarah Urusan Pembinaan Tuju Setia, Wee Eng Kong menunjukkan penghargaan QLASSIC yang diterima.
Ketua Pengarah Eksekutif Beverly Group, Derick Lim (empat dari kiri), Ketua Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (Cream), Syed Hazni Abd Gani (lima dari kiri) dan Pengarah Urusan Pembinaan Tuju Setia, Wee Eng Kong menunjukkan penghargaan QLASSIC yang diterima.
A
A
A

PROJEK pembangunan One Equine di Taman Equine, Seri Kembangan mencipta pencapaian baharu apabila disiapkan 15 bulan lebih awal daripada jadual asal, selain memperoleh skor 85 peratus dalam Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC).

Beverly Group memaklumkan, projek usaha sama dengan Surbana Jurong itu turut mencatat kadar jualan 100 peratus apabila kesemua 2,819 unit habis dijual sebelum pembinaannya selesai.

"Pencapaian itu mencerminkan komitmen teguh terhadap kualiti pembinaan, ketepatan mutu kerja serta keupayaan melaksanakan projek mengikut standard industri yang tinggi.

"Penilaian industri yang ketat ini membuktikan pematuhan pemaju terhadap standard tinggi dalam ketepatan mutu kerja serta kemasan berkualiti," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, Kumpulan Beverly turut mengumumkan pengembangan strategiknya ke dalam segmen hartanah mewah di pusat bandar Kuala Lumpur menerusi pembangunan baharu di Tun Razak Exchange (TRX).

Menurutnya, projek berkenaan akan dibangunkan melalui kerjasama dengan Admantine Capital Pte Ltd dan MYM Land Sdn Bhd selepas memperoleh tanah pegangan bebas seluas 1.08 ekar di daerah kewangan antarabangsa itu.

"Dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini, pembangunan baharu ini dirancang sebagai sebuah apartmen servis mewah yang berteraskan konsep kesejahteraan.

"Dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.1 bilion, projek ini direka khas bagi memenuhi keperluan golongan profesional berpendapatan tinggi, ekspatriat serta pelabur yang mencari sebuah kediaman eksklusif di tengah bandar menggabungkan kesalinghubungan bertaraf dunia, gaya hidup bandar sofistikated serta kesejahteraan holistik," katanya lagi.

Tambah syarikat itu, pembangunan yang dikenali sebagai 'The Inner Sanctum of TRX' itu hanya menawarkan 315 unit kediaman berkonsepkan kepadatan rendah bagi memberi lebih privasi kepada penghuni.

Artikel Berkaitan:

"Unit yang ditawarkan berkeluasan antara 688 hingga 3,600 kaki persegi dengan pilihan satu hingga empat bilik tidur, manakala unit bersaiz lebih besar akan dilengkapi lobi lif persendirian.

"Harga indikatif bagi kediaman mewah itu bermula daripada RM1.7 juta," ujarnya lagi

Kumpulan Beverly berkata, projek mercu tanda di TRX itu akan menjadi kesinambungan kepada rekod prestasi syarikat dalam membangunkan kediaman premium di Kuala Lumpur, termasuk kejayaan menyiapkan Marc Service Residence di KLCC.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!