Gempa bumi landa Filipina, Tonga dan Vanuatu

BEIJING - Beberapa gempa bumi melanda Filipina, Tonga dan Vanuatu, lapor Xinhua.
Di Mindanao, Filipina, gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan kawasan itu pada 11.06 malam GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) itu pada awalnya dikenal pasti terletak pada 7.70 darjah utara dan 126.74 darjah timur.
Di Tonga, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda selatan negara itu pada 11.12 malam GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu dikenal pasti terletak pada 24.78 darjah selatan dan 175.26 darjah barat.
Sementara itu di Vanuatu, gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan negara kepulauan itu pada 8.10 malam GMT Isnin, menurut GFZ.
Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu pada awalnya dikenal pasti terletak pada 14.52 darjah selatan dan 168.07 darjah timur. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
