Pakej Prihatin AmanahRaya ditawar kepada rakyat Malaysia

Adenan Md Yusof
Adenan Md Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Berdepan dengan situasi yang tidak menentu, lebih-lebih lagi dengan berlakunya krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) tampil menawarkan Pakej Prihatin AmanahRaya kepada semua rakyat Malaysia sehingga 30 April ini.

Pengarah Urusannya, Adenan Md Yusof berkata, pihaknya sedar dan sangat prihatin kepada keperluan masyarakat yang ingin membuat perancangan bagi masa hadapan keluarga tersayang.

Menurutnya, Pakej Prihatin AmanahRaya menawarkan promosi wasiat asas sebanyak RM350 berbanding harga asal RM500 dan pewasiat layak menerima sebanyak lima peratus diskaun ke atas fi pentadbiran pusaka.

“Manakala, promosi Wasiat Komprehensif pula ditawarkan pada RM888 berbanding caj asal RM1,200 dan pewasiat layak menerima sebanyak 20 peratus diskaun ke atas fi pentadbiran pusaka.

“Selain itu, kami menawarkan promosi kombo Wasiat Komprehensif untuk pasangan suami isteri hanya RM1,500, iaitu RM750 setiap wasiat dan kedua pewasiat layak menerima sebanyak 20 peratus diskaun ke atas fi pentadbiran pusaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi waris yang ingin melaksanakan pentadbiran pusaka ahli keluarga yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19, AmanahRaya turut menawarkan diskaun 50 peratus ke atas fi pentadbiran pusaka sebagai tanda simpati ke atas kehilangan ahli keluarga mereka dan tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2020.

Adenan berkata, bagi pesakit yang positif dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di mana-mana hospital, AmanahRaya turut menawarkan perkhidmatan Penulisan Wasiat Asas dan Komprehensif secara dalam talian iaitu melalui laman sesawang AmanahRaya atau di media sosial AmanahRaya.

“Kemudahan Perkhidmatan Wasiat atas talian ini diperkenalkan AmanahRaya untuk membantu memudahkan masyarakat di Malaysia melaksanakan Perancangan Pewarisan hanya di hujung jari.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua inisiatif ini kami jangkakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban waris kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa Covid-19 tidak mengenai siapa sebagai mangsanya.

“Gunakan masa di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sebaik-baiknya untuk merancang pewarisan atau memulakan permohonan pentadbiran pusaka dengan menghubungi AmanahRaya,” katanya.

Menurutnya, AmanahRaya turut mengambil inisiatif memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Covid-19, 2,000 botol air mineral dan 5,000 penutup mulut kepada Hospital Sungai Buloh serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu katanya, AmanahRaya juga mengedarkan 5,000 penutup mulut kepada petugas barisan hadapan serta bahagian operasi sanitasi dan pembersihan di bawah pengurusan Alam Flora yang bertungkus lumus membersihkan serta memungut sampah di kawasan seperti pasar, balai polis, premis perniagaan, flat kediaman, kawasan perumahan, perhentian bas dan kawasan berisiko tinggi.

"Kesemua inisiatif ini kami jangkakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban waris-waris kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa Covid-19 tidak mengenal siapa sebagai mangsanya.

"Gunakan masa anda di rumah semasa PKP dengan sebaik-baiknya untuk merancang pewarisan atau memulakan permohonan pentadbiran pusaka dengan menghubungi AmanahRaya," katanya.

Orang ramai boleh memerlukan bantuan mengenai produk dan perkhidmatan AmanahRaya boleh berhubung menerusi talian bebas tol 1-800-888-272, talian luar negara +603-20729999, emel ke crmd@arb.com.my, melayari laman sesawang www.amanahraya.my, Facebook www.facebook.com/AmanahRayaOfficial/ dan interaksi langsung di http://www.amanahraya.my/get-in-touch/.