Peniaga rugi RM23,329 ditipu pinjaman tidak wujud

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang peniaga untuk membuat pinjaman mudah tidak kesampaian apabila kerugian RM23,329 selepas diperdaya ahli sindiket pinjaman tidak wujud pada 29 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 45 tahun tertarik dengan tawaran pinjaman mudah itu selepas melayari laman sosial Facebook dan melihat satu iklan tawaran pinjaman peribadi berkaitan dengan sebuah bank.

"Mangsa berurusan dengan seorang lelaki bernama Jason dan memaklumkan dia berminat untuk membuat pinjaman dengan pihak perbankan terbabit sebelum diminta membuat pelbagai bayaran proses bagi tujuan kelulusan pinjaman.

"Selepas mengadakan perbincangan, mangsa memberikan salinan kad pengenalan dan slip gaji melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian menerima mesej daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr Tan yang kemudiannya memintanya membuat pembayaran bagi permohonan pinjaman wang tersebut.

"Bermula pada 7 sehingga 14 April lalu, mangsa memindahkan wang ke dalam dua akaun bank yang diberikan Mr Tan berjumlah RM23,329.

"Mangsa syak ditipu apabila sehingga sekarang masih belum terima wang yang mahu dipinjam itu dan dia membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: