X

Kindly register in order to view this article
!

Rakam gambar Fuziah tidak menyalahi SOP - SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa tindakan pegawainya merakam gambar seorang bekas Timbalan Menteri semasa sesi rakaman percakapan tidak menyalahi mana-mana prosedur operasi standard (SOP).

SKMM dalam kenyataan malam ini menyebut rakaman gambar itu adalah sebahagian daripada tatacara untuk rekod sahaja, bagaimanapun gambar berkenaan berkemungkinan telah dikongsikan dengan pihak luar.

"Satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab. SKMM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku oleh pegawainya dan tindakan disiplin akan diambil jika individu bertanggungjawab itu didapati bersalah," menurut kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Video sesak di CIQ: Polis rakam keterangan Fuziah

Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa MCMC menyiasat pegawai yang menyebarkan gambarnya ketika rakaman siasatan dilakukan di Ibu Pejabat Daerah Kuantan, Pahang Jumaat lalu.

Fuziah dilaporkan berkata aduan mengenai perkara itu sudah dibuat bagi membolehkan SKMM mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat jika didapati bersalah dan beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya satu perlanggaran SOP ketika soal siasat terhadapnya.-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!