Nak petik cili, Jumpa bom

Lokasi dua bom mortar yang ditemui oleh seorang pekerja kilang di Pulau Sebang di sini hari ini.
Lokasi dua bom mortar yang ditemui oleh seorang pekerja kilang di Pulau Sebang di sini hari ini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pekerja kilang menemui dua butir bom mortar di dalam sebuah parit berdekatan Rumah Awam 2, Pulau Sebang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, lelaki berusia 39 tahun itu menemui bom sepanjang 12 inci itu ketika membersihkan kawasan berkenaan untuk memetik cili kira-kira jam 11.15 pagi.

Menurutnya, dua butir itu dipercayai jenis Mortar 81mm ILLUM.

"Bom itu telah dimusnahkan oleh pasukan polis dari Cawangan Persenjataan IPK Melaka kira-kira jam 2 petang," katanya.

Tiga hari lalu seorang jurutenik menemui tujuh butir bom tangan ketika sedang membersihkan kawasan rumahnya di Sungai Udang.

Artikel Berkaitan: