Lima makmal Covid-19 baharu dibina: Noor Hisham

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto: Bernama
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membina lima makmal baharu bagi meningkatkan kapasiti ujian saringan Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pembinaan makmal tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Lima lokasi telah dikenalpasti iaitu Sandakan dan Tawau, Sabah, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Kluang Johor," katanya.

Menurutnya, jumlah itu menjadikan keseluruhan makmal Covid-19 sebanyak 48 buah.

"Setakat ini, kita sasarkan 16,500 kapasiti dan keupayaan hari ini ialah sekitar 11,500," katanya.

Beliau berkata, banyak kes belum selesai berikutan kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) (ujian Covid-19) memakan masa sekurang-kurangnya enam jam.

"Sekiranya kes bertambah, keputusan ujian akan menjadi lambat sehingga 48 jam," katanya.

Artikel Berkaitan: