[VIDEO] Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar treler dipandu datuk

A
A
A

GURUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori treler dipandu datuknya yang sedang mengundur dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi di Kampung Bukit Kuang di sini pada Khamis.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori treler dipandu datuknya
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori treler dipandu datuknya

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 11 pagi berhubung kejadian.

Menurutnya, lori treler yang dipercayai digunakan untuk membawa muatan baja, dipandu datuk mangsa berusia 61 tahun.

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika lori sedang mengundur di hadapan rumah mereka...semasa undur telah langgar cucunya iaitu satu kanak-kanak perempuan umur dua tahun, muatan lori ketika itu kosong.

"Lori diparkir di hadapan rumah, datuk dikatakan tidak menyedari kehadiran cucu sebelum terlanggar mangsa ketika mengundur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kanak-kanak terbabit yang mengalami cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Polis membuka dua kertas siasatan setakat ini iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Lori dipercayai diparkir di hadapan rumah mereka dekat Kampung Bukit Kuang, Gurun, Kedah.
Lori dipercayai diparkir di hadapan rumah mereka dekat Kampung Bukit Kuang, Gurun, Kedah.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor untuk bedah siasat.

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!