"Dia cakap kasi orang makan, inilah Malaysia"

Perkongsian Uncle Kentang di Facebook miliknya
Perkongsian Uncle Kentang di Facebook miliknya
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Kentang yang nama yang sentiasa tular kerana kerja-kerja amal yang dilakukan.

Hari ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng menarik perhatian netizen melalui kiriman gambar sejumlah kampit beras yang disusun di dinding di Facebook miliknya.

Beliau turut memuat naik status, “Beras (yang) ditinggalkan oleh seorang perempuan Cina tanpa beri nama. Dia cakap (minta supaya) beri kepada orang untuk makan."

Tindakan mulia wanita yang menyembunyikan identitinya itu mendapat pujian netizen dan mendoakan penyumbang berkenaan.

Pengguna Facebook, Ummi Nurul menulis di ruang komen, “Semoga sentiasa dimurahkan rezeki."

Meena Ganesen juga turut mendoakan perkara sama dengan menulis, “Semoga Tuhan merahmati anda."

Kiriman tersebut mendapat 10,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian semula dalam masa 10 jam.

Artikel Berkaitan: