Setiausaha, bendahari NGO ditahan kes seleweng, pengubahan wang haram

SPRM menahan kedua-dua suspek terdiri seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an.
SPRM menahan kedua-dua suspek terdiri seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua individu melibatkan setiausaha dan bendahari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dan pengubahan wang haram bagi kepentingan peribadi.

Suspek dipercayai menerima, memiliki, mengubah, memindah dan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berkaitan penyelewengan wang pertubuhan di tempat mereka bekerja bernilai kira-kira RM5 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dituduh 29 Julai ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!