SKMM perlu siasat pegawai sebar gambar saya: Fuziah

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat pegawai yang menyebarkan gambar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika rakaman siasatan dilakukan di Ibu Pejabat Daerah (IPD Kuantan, Jumaat lalu.

Fuziah berkata, aduan mengenai perkara itu sudah dibuat bagi membolehkan SKMM mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat jika didapati bersalah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan berlakunya satu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika soal siasat terhadapnya.

"Saya disoal siasat di mana bilik siasatan yang merupakan kawasan larangan mengambil gambar dan saya juga mengadu berkenaan kekhuatiran ini di mana kemungkinan berlaku salah guna kuasa pihak yang bertanggungjawab ke atas siasatan terhadap saya.

"Selain itu, saya turut musykil bagaimana gambar tersebut dimuat naik di Instagram UMNO Kluang sewaktu saya disoal siasat oleh SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, aduan turut dibuat kepada SKMM berkenaan cubaan untuk membuka dan mengambil alih akaun emel serta cubaan menukar kata laluan Facebook miliknya pada Ahad lalu.

Jelasnya, tindakan diketahui selepas telefon miliknya diserahkan kepada SKMM pada malam siasatan tersebut dijalankan pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: