Pasangan kekasih pencuri ditahan

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sekitar Lembah Klang, semalam
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sekitar Lembah Klang, semalam
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Pasangan kekasih bersama seorang rakannya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam jenayah pecah masuk premis serbaneka di Taman Serdang Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, tangkapan pertama dibuat membabitkan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam di Bandar Tekonologi Kajang, Selangor kira-kira jam 10.30 malam.

"Operasi bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang itu turut berjaya merampas semula sejumlah besar barang kes.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan kekasih. Suspek lelaki terbabit memiliki 16 rekod jenayah dan dua kes dikehendaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sekitar Lembah Klang, semalam
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sekitar Lembah Klang, semalam

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa tangkapan seorang lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an di Balakong, Cheras.

Katanya, pemeriksaan menemui dua karton rokok dan 26 kotak rokok pelbagai jenis disyaki hasil jenayah pecah masuk premis.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya dengan tertangkapnya tiga suspek ini, polis telah menyelesaikan empat kes pecah kedai dan premis perniagaan di sekitar Serdang.

"Polis juga percaya, mereka ini terlibat aktif dalam lebih 10 kes penipuan pembelian telefon bimbit dalam talian di Lembah Klang.

"Seorang lagi suspek kini masih diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.