Malaysia nombor satu terbaik urus kesihatan awam: Annuar

Petugas-petugas Kementerian Kesihatan tetap ceria menjalankan tugas mereka ketika tinjauan di Menara One City hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Petugas-petugas Kementerian Kesihatan tetap ceria menjalankan tugas mereka ketika tinjauan di Menara One City hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dinilai berada pada kedudukan nombor satu di dunia dalam pengawalan dan pengurusan kesihatan awam termasuk bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mengetahui pencapaian berkenaan menerusi laporan berita mengenai penilaian pengurusan kesihatan awam di seluruh dunia.

Annuar Musa - Foto Bernama
Annuar Musa - Foto Bernama

“Baru-baru ini keluar pemberitaan pihak yang menilai bagaimana kita mengurus soal kesihatan awam seluruh dunia, Malaysia diletakkan nombor satu dalam pengawalan dan pengurusan kesihatan awam.

“Ini satu perkara yang membanggakan bagaimana kita menangani dan uruskan soal penularan wabak ini, cukup berjaya. Namun jangan mudah berasa selesa kerana ia masih belum tamat,” katanya.

Annuar sebelum itu memaklumkan selama empat hari berturut-turut sebelum ini angka kes baharu dilaporkan di negara ini lebih rendah daripada Singapura.

Beliau berharap situasi itu dapat dikekalkan seterusnya perlahan-lahan menurunkan jumlah penemuan kes baharu.

“Negara Singapura sebuah pulau kecil berbanding negara kita, tetapi kes baharu mereka lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Ini kejayaan bersama rakyat Malaysia, kadar pemulihan kita juga sangat baik. Kita doakan mereka yang masih bertarung nyawa di beberapa hospital sembuh,” katanya.