Isu pemandu pacuan empat roda bawa durian pandu berbahaya dalam tindakan pihak berkuasa

Young Syefura mengadakan pertemuan dengan polis dan JPJ berbincang berhubung kebimbangan pengguna terhadap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya.FOTO FB YOUNG SYEFURA
Young Syefura mengadakan pertemuan dengan polis dan JPJ berbincang berhubung kebimbangan pengguna terhadap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya.FOTO FB YOUNG SYEFURA
A
A
A

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bentong dan Raub bagi berbincang isu yang sedang hangat berlaku di daerah itu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Young Syefura berkata, penerangan telah diberikan pihak berkenaan mengenai penguatkuasaan dan operasi harian yang telah dan sedang dijalankan bagi membendung masalah tersebut.

Jelasnya, melalui dapatan polis dan JPJ, peningkatan aduan dan kemalangan melibatkan kenderaan membawa durian akan berlaku apabila musim raja buah itu tiba dan komitmen tinggi diberikan bagi meningkatkan penguatkuasaan.

"Pihak berkenaan akan mengadakan satu sesi libat urus dan advokasi bersama pengusaha durian bagi memberi penerangan keselamatan di dalam masa terdekat," katannya.

Isu berkenaan kembali menjadi perhatian selepas seorang lelaki maut manakala anaknya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 15, Jalan Utama Mempaga.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.48 malam itu, mangsa, Zuiful Arimey Zainal Abidin, 33, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ekoran kejadian, pemandu kenderaan itu ditahan dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub pada Jumaat atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian mangsa, Selasa lalu.

Justeru itu, Young Syefura mengingatkan semua pengguna jalanraya mematuhi undang-undang demi keselamatan

Artikel Berkaitan:

"Selain itu saya juga telah mengusahakan pemasangan lampu jalan bagi kawasan yang berisiko dalam masa terdekat.

"Terima kasih kepada pihak Polis Bentong dan JPJ Bentong serta Raub di atas kerjasama yang diberikan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!