Bayarlah hutang dulu...

Tunku Ismail
Tunku Ismail
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) melunaskan hutang masing-masing sebelum membuat pemotongan gaji pemain di sebalik ancaman pandemik Covid-19.

“Jangan masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji tidak dibayar tetapi hendak menggunakan alasan Covid-19 untuk membuat pemotongan gaji.

“Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini.

“Ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama, malah semua pemain bersedia untuk bekerjasama. Tetapi pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dulu,” titah Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail menegaskan, kebanyakan pasukan bergantung 100 peratus peruntukan daripada kerajaan negeri dan tidak mungkin mereka gagal membayar gaji pemain.

“Ini boleh diumpamakan seperti tidak memegang amanah dengan sewajarnya. Mana-mana pasukan tidak seharusnya membebankan kerajaan negeri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: