AS lulus jualan senjata RM7.9 bilion kepada Arab Saudi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan senjata bernilai AS$1.96 bilion (RM7.9 bilion) kepada Arab Saudi ketika konflik di Asia Barat terus memuncak.
Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan penjualan itu akan menyokong dasar luar serta kepentingan keselamatan negara tersebut.
"Cadangan penjualan ini akan menyokong objektif dasar luar dan keselamatan negara Amerika Syarikat dengan meningkatkan keupayaan keselamatan sekutu utama bukan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menjadi faktor kepada kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di rantau Teluk," menurut kenyataan itu.
Arab Saudi merupakan antara sekutu utama bukan anggota NATO yang menjalin kerjasama pertahanan rapat dengan Washington.
Kelulusan penjualan senjata itu diumumkan ketika ketegangan dan konflik di Asia Barat terus meningkat susulan peperangan yang melibatkan beberapa negara di rantau tersebut.-AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

