Jabatan Perhutanan patahkan aktiviti pindah kayu getah

Excavator dan lori pengangkut yang berada di lokasi kejadian telah disita. - - Foto Jabatan Perhutanan Perak.
Excavator dan lori pengangkut yang berada di lokasi kejadian telah disita. - - Foto Jabatan Perhutanan Perak.
A
A
A

GERIK - Jabatan Perhutanan Negeri berjaya mematahkan aktiviti mengambil dan memindahkan kayu getah tanpa kebenaran di tanah milik FGV Tawai, di sini hari ini.

Sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak menjalankan siasatan setelah menerima satu aduan berkaitan aktiviti pengambilan hasil hutan tersebut.

Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pengambilan kayu getah itu adalah untuk dihantar ke sebuah kilang yang beroperasi di Kedah.

"Siasatan mendapati kilang tersebut mendapat kebenaran khas dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan.

"Hasil pemeriksaan tersebut, pihaknya telah menyita empat excavator, enam lori pengangkut dan longgokan kayu getah di kawasan tersebut," katanya.

Pelbagai jentera yang digunakan untuk menebang dan mengambil kayu getah tanpa kebenaran telah disita dalam pemeriksaan di FGV Tawai, Gerik hari ini. - Foto Jabatan Perhutanan Perak.
Pelbagai jentera yang digunakan untuk menebang dan mengambil kayu getah tanpa kebenaran telah disita dalam pemeriksaan di FGV Tawai, Gerik hari ini. - Foto Jabatan Perhutanan Perak.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gerik berhubung kes itu.

"Suspek boleh didakwa atas kesalahan mengambil dan memindah kayu getah tanpa lesen dan gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia didapati tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak Bil.2/2019. Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan," katanya.

Katanya, pihaknya akan tetap menguat kuasa Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh PKP ini.

"Bermula dari 14 April 2019, semua aktiviti pengeluaran kayu getah dari tanah kerajaan dan tanah milik yang melebihi keluasan 20 hektar perlu mendapat lesen kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

"Kegagalan mematuhi perkara ini boleh menyebabkan tindakan tegas diambil oleh pihak jabatan," katanya.

Penebangan dan pengambilan hasil hutan selus 20 hektar perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Perak. - Foto Jabatan Perhutanan Perak
Penebangan dan pengambilan hasil hutan selus 20 hektar perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Perak. - Foto Jabatan Perhutanan Perak