Enzo terlepas hukuman selepas siku kepala Elliot Anderson

Enzo dilihat sempat menyiku belakang kepala Anderson menyebabkan pemain tengah England itu tersungkur dan menahan kesakitan sambil memegang bahagian belakang kepalanya. Foto: Agensi
Enzo dilihat sempat menyiku belakang kepala Anderson menyebabkan pemain tengah England itu tersungkur dan menahan kesakitan sambil memegang bahagian belakang kepalanya. Foto: Agensi
A
A
A

SELAIN drama kebangkitan Argentina pada penghujung permainan, aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 turut dicemari kontroversi selepas terjahan Enzo Fernandez terhadap Elliot Anderson mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Insiden itu berlaku seawal minit ketiga apabila pemain tengah Argentina tersebut melakukan cabaran keras terhadap Anderson yang menyebabkan penyokong England mempersoalkan keputusan pengadil Ismail Elfath meneruskan permainan tanpa melayangkan kad.

Dalam insiden itu, Enzo dilihat sempat menyiku kepala Anderson menyebabkan pemain tengah England itu tersungkur dan menahan kesakitan sambil memegang bahagian belakang kepalanya.

Malah, ada yang berpendapat tindakan Fernandez wajar dihukum sekurang-kurangnya dengan kad kuning kerana cabaran tersebut dilihat berisiko mencederakan lawan.

Namun, Elfath kekal dengan keputusannya dan Video Bantuan Pengadil (VAR) juga tidak campur tangan untuk mengubah keputusan berkenaan.

Aksi keras terus mewarnai separuh masa pertama apabila kedua-dua pasukan bertarung sengit dalam perlawanan yang sarat dengan tekanan.

Sehingga rehat, hanya dua kad kuning dilayangkan iaitu masing-masing kepada Anderson dan pertahanan Argentina, Lisandro Martinez.

Walaupun mencetuskan kontroversi, insiden itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan Argentina yang akhirnya bangkit menewaskan England 2-1 untuk menempah tiket ke final.

Argentina kini akan berdepan Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia 2026 selepas juara Eropah itu terlebih dahulu mengesahkan kemaraan sehari sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!