Econsave agih berus gigi, sabun kepada petugas hospital

Antara barangan yang diagihkan kepada petugas Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Antara barangan yang diagihkan kepada petugas Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 250 pek barangan kelengkapan peribadi termasuk berus dan ubat gigi disumbangkan kepada kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim bagi menghargai pengorbanan dan jasa petugasnya.

Pengurus Besar Econsave N1, Zamzuri Mansor berkata, kelengkapan lain seperti sabun mandian, tisu, air kotak dan biskut turut disertakan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, menyedari tanggungjawab petugas hospital yang terpaksa bersengkang mata selain berdepan risiko jangkitan, pihaknya menyediakan bantuan kelengkapan diri tersebut dengan harapan mampu membantu proses pembersihan diri selepas bertugas.

"Petugas barisan hadapan lebih terdedah kepada risiko, jadi mereka perlu mengutamakan kebersihan dalam apa jua situasi.

"Sumbangan ini sebagai penghargaan kepada barisan hadapan dan ingin membantu menyediakan keperluan harian mereka," katanya.

Hadir sama Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Kavikumar Muniandy dan wakil Persatuan Jalinan Kasih Kedah, Datin Norkhazanawati Abd Talib.

Artikel Berkaitan: