Sabah AIMS 2026 kukuh kerjasama serantau, pacu pelaburan berimpak

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, acara berkenaan membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam menyediakan platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pakar bidang untuk mempercepat pembangunan mampan melalui pelaburan berimpak.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, acara berkenaan membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam menyediakan platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pakar bidang untuk mempercepat pembangunan mampan melalui pelaburan berimpak.
A
A
A

KOTA KINABALU - Penganjuran Sidang Kemuncak Pelaburan Berimpak Asia-Pasifik bagi Pembangunan Mampan Sabah 2026 (Sabah AIMS 2026) disifatkan langkah tepat kerajaan negeri dalam memperkukuh kerjasama serantau, menggerakkan pelaburan berskala besar dan memacu agenda pembangunan.

Memuji usaha itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, acara berkenaan membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam menyediakan platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pakar bidang untuk mempercepat pembangunan mampan melalui pelaburan berimpak.

Katanya, ia selaras komitmen Malaysia untuk kekal komited memajukan pembangunan mampan melalui dasar inklusif, pertumbuhan hijau dan pengurusan sumber asli yang bertanggungjawab.

“Saya berharap Sabah AIMS 2026 menjadi pemangkin kepada kerjasama serantau lebih erat serta menggerakkan lebih banyak pelaburan berimpak yang mampu menjana kemakmuran ekonomi.

“Diharap ia juga dapat memelihara warisan alam semula jadi demi kesejahteraan generasi masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Sabah AIMS 2026 di sini, pada Isnin.

Acara dua hari bertemakan ‘Turn, Learn, Earn’ yang julung kali diadakan itu, menghimpunkan lebih 300 profesional dan pemain industri daripada pelbagai bidang berkaitan dari rantau Asia-Pasifik, termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Bhutan, India, Australia, Afrika Selatan, Perancis, Jerman, Britain serta Amerika Syarikat.

Sidang kemuncak itu memberi tumpuan kepada pendekatan praktikal bagi menggerakkan modal ke arah inisiatif sosial dan alam sekitar berimpak tinggi.

Malah, penganjuran Sabah AIMS 2026 meletakkan Sabah sebagai hab serantau dan makmal hidup bagi inovasi serta kerjasama dalam pelaburan berimpak untuk pembangunan mampan, sekali gus menjadi pintu masuk yang menghubungkan modal global dengan peluang pembangunan mampan berimpak tinggi di rantau Asia-Pasifik.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada lebih 300 profesional dan pemain industri daripada pelbagai bidang berkaitan dari rantau Asia-Pasifik yang hadir pada Sabah AIMS 2026.
Sebahagian daripada lebih 300 profesional dan pemain industri daripada pelbagai bidang berkaitan dari rantau Asia-Pasifik yang hadir pada Sabah AIMS 2026.

Selain itu, Arthur berkata, Sabah AIMS 2026 diadakan pada waktu amat signifikan ketika dunia berdepan cabaran perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, ketidakjaminan sumber dan jurang sosioekonomi yang semakin melebar.

Beliau menegaskan, ekosistem kewangan perlu beralih ke arah pelaburan berimpak bagi menarik penyertaan modal swasta untuk menjana pulangan kewangan kompetitif, di samping menghasilkan impak sosial dan alam sekitar positif.

“Pembiayaan awam tradisional serta geran daripada institusi filantropi sahaja tidak lagi mencukupi untuk merapatkan jurang pembiayaan yang diperlukan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan sasaran pelepasan bersih sifar negara.

“Justeru, pendekatan baharu yang mampu menggerakkan sumber pembiayaan secara lebih mampan perlu diperkasakan (termasuk menerusi usaha ini).

“Pendekatan ini antara pemangkin penting dalam mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah pembangunan mampan dan ekonomi rendah karbon," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!